Jumaat, Februari 18, 2011

Dia ke? #2

                “Wafi, kau rasa…Rafeeq tu macam mana?” Zira memulakan mukadimahnya ringkas.

                “Macam orang.”

                “Woi, aku serious ni! Kau ni…dah rindu penampar ke?”

                “Kau ni, sikit-sikit penampar. Sikit-sikit penampar. Cuba sopan sikit. Awak tu perempuan.” Wafi memulangkan paku buah keras. Sakit hati bila Zira tidak pernah cuba untuk berlembut bila bercakap dengannya.

                “Kau yang mula. Aku tanya elok-elok, kau yang bagi jawapan level tong sampah,” Zira mencebik sambil mulutnya masih lagi laju mengunyah popcorn baki menonton wayang tadi.

Rabu, Februari 16, 2011

Dia ke? #1

Zira tersengih lebar. Matanya masih terpaku pada skrin laptop Acer Aspire 4310 kesayangannya, hadiah pemberian Uncle Syuk dua tahun lalu. Patah-patah perkataan yang dibaca sering mengundang senyumnya. Zira menggeleng perlahan. Ada-ada sahaja idea mereka untuk menulis! Penat yang menggigit memaksa Zira untuk menghentikan pembacaannya untuk hari ini.
               
Blog penulisanku.com ditutup pantas. Zira bangun dan mencapai telefon bimbit SE K770i miliknya. New Massage! Hati Zira melonjak riang. Rafeeq ke? Perlahan-lahan jarinya menekan butang view.

Contact aku. Tak ada kredit. Thx. –Wafi
               
Whoah! Menyakitkan hati! Apa punya lelakilah dia ni? Suruh aku call?? Beranganlah. Ni Ayuni Nazirah tau! Heh. Tanpa mempedulikan permintaan Wafi, Zira terus berbaring dan memeluk Nemo kesayangannya. Matanya mula layu sebaik sahaja badan yang keletihan menyentuh lembutnya tilam. Kedinginan penghawa dingin menambahkan lagi effect mengantuknya.

Isnin, April 19, 2010

Ummi, Maafkan Sarah!

“Mia benci! Mia benci ummi! Ummi selalu marah Mia! Apa sahaja yang Mia buat, ummi mesti tegur! Dengar radio salah, tengok tv pun salah! Mia tak nak duduk rumah ummi dan abang lagi! Mia nak balik rumah papa dan mama!” bentak Mia Sarah. Pintu biliknya dihempas sekuat hati.

Mia Sarah menangis semahu-mahunya. Hatinya sebal dimarahi dihadapan abang. ‘Sukalah tu, tengok aku kena marah! Aku benci!’ ngomel Mia Sarah sambil mengesat air mata. Bilik yang pernah dihuni dulu, kini seolah-olah tidak membawa apa-apa makna pada Mia Sarah. Sejak berumur 5 tahun, ummi dan papanya berpisah. Dan sejak itulah Mia Sarah tinggal bersama papa dan mama barunya.

Rahsia Hati

“Awak ada nampak dia hari ni?” tanya Dania sebaik sahaja pensyarah mereka menamatkan kuliah.

“Dia? Siapa dia?” jawab Haziqah acuh tak acuh. Nafasnya dihela perlahan. Letih dengan pertanyaan Dania yang tidak pernah berubah.

“Alahai buat-buat tak tau pula. Abang awaklah. Abang Ustaz,” Dania menyiku sahabatnya sambil mengenyitkan matanya.

“Saya mana ada abang. Sayakan anak sulung,” dalih Haziqah. Tangannya lincah mengemas nota-nota kuliah. Bila agaknya semua ini akan reda? Haziqah menggeleng perlahan.

“Iqa, tu abang Ustaz awak kan?” kata Dania sambil jarinya menghala tepat ke arah sekumpulan pemuda yang sedang rancak bersembang.

Kebahagiaan itu Milik Kita

Najwa menyeka air mata yang mengalir dipipinya. Pedih hatinya saat mencoretkan warkah buat insan tersayang, tidak lagi dipedulikan. Segalanya sudah tersurat. Tiada jodoh antara mereka. Najwa redha akan ketentuan ini. Meskipun hatinya luka berdarah, namun untuk merobohkan masjid yang akan dibina, Najwa tidak sanggup. Kebahagiaan yang dibina hasil daripada penderitaan orang lain, tidak akan kekal selamanya. Biarlah segala-galanya berakhir begini. Najwa pasrah.

Surat biru pemberian Abang Man yang masih kemas disimpan di dalam laci, dikeluarkan. Surat yang sudah terlalu lama disimpan dan dibaca berulang kali. Namun, sejak mendapat berita tentang pertunangan Abang Man dengan gadis pilihan ibubapanya, makin kerap surat itu dibaca. Dia cuba untuk mendapatkan kepastian daripada hatinya yang mula terluka dan berdarah. Sebelum surat balasan yang baru dikarangnya dihantar kepada insan yang berhak, Najwa mengambil keputusan untuk membaca kembali surat biru yang pernah diterimanya suatu masa dahulu.

Daisypath Anniversary tickers