Rabu, Februari 16, 2011

Dia ke? #1

Zira tersengih lebar. Matanya masih terpaku pada skrin laptop Acer Aspire 4310 kesayangannya, hadiah pemberian Uncle Syuk dua tahun lalu. Patah-patah perkataan yang dibaca sering mengundang senyumnya. Zira menggeleng perlahan. Ada-ada sahaja idea mereka untuk menulis! Penat yang menggigit memaksa Zira untuk menghentikan pembacaannya untuk hari ini.
               
Blog penulisanku.com ditutup pantas. Zira bangun dan mencapai telefon bimbit SE K770i miliknya. New Massage! Hati Zira melonjak riang. Rafeeq ke? Perlahan-lahan jarinya menekan butang view.

Contact aku. Tak ada kredit. Thx. –Wafi
               
Whoah! Menyakitkan hati! Apa punya lelakilah dia ni? Suruh aku call?? Beranganlah. Ni Ayuni Nazirah tau! Heh. Tanpa mempedulikan permintaan Wafi, Zira terus berbaring dan memeluk Nemo kesayangannya. Matanya mula layu sebaik sahaja badan yang keletihan menyentuh lembutnya tilam. Kedinginan penghawa dingin menambahkan lagi effect mengantuknya.

Janganlah hancurkan hati ini,
            Ku hanya mencoba meluahkan perasaan,
            Janganlah ragui hati ini,
            Kerna kau satu-satunya gadis yang ku cinta…

           ‘Siapa pulak yang call time-time indah aku ni?’ Zira mengeluh. Tanpa memandang skrin telefon, panggilan itu di angkat malas.

            “Hoi beruang kutub! Berhibernasi lagi ke?” ceria suara di sebelah sana menyapa.
               
“Hah? Siapa ni?” ujar Zira geram. Beruang kutub??!
               
“Wei, sah kau tidur. Wafi ni. Hish…teruk perangai anak dara! Kena reject kalau mak aku tau,” Wafi mula membebel panjaaaaaaang dan menyakitkan telinga.
               
“Alah, lantak akulah. Bukan aku nak jadi bini kau pun. Lagipun, aunty Zai baik.” Muncungnya sudah panjang sedepa. Mendengarkan tawa Wafi di sebelah sana membuatkan hatinya bengkak. Mulutnya rajin untuk menyambung namun terhenti apabila terdengar bisik-bisik di sebelah sahabatnya itu.
               
“Kau mengutuk aku dengan siapa tu Fie?”
               
“Hahaha. Mana ada mengutuk, memujilah. Mama tanya bakal menantu dia dah bangun ke. Aku cakaplah kau memang pagi-pagi lagi dah bangun tapi dalam mimpi aku jelah. Hahaha.”
               
“Chit! Kencinglah kau. Sorrylah Fie. Aku mengantuk ni. Esok-esok jelah kau call ye. Aku nak mengembara…”
               
“Hei, janganlah macam…”

            Butang merah itu ditekan laju. Zira tersengih sendiri. Padan muka! Kacau aku lagi. Wafi, Wafi.

            Tidak sampai satu minit, telefon itu berbunyi lagi. Sah! Wafi ni memang laparkan makian aku agaknya!

            “Samdol! Aku nak tidur la! Apa hal call ni?!” bantai Zira tanpa sempat mendengar suara si pemanggil.
               
“Assalamualaikum, Ayuni Nazirah?” teragak-agak jawapan daripada sebelah sana.

             Ops! Mamat manalah yang bertuah dapat mendengarkan ‘ayat-ayat cinta’ teragung Ayuni Nazirah ni? Ayuni Nazirah?? NO WAY!

            “Erk…waalaikumussalam. Sorry, tersalah bagi ayat cinta. Kenapa ye call awal-awal pagi ni?” ujar Zira mengontrolkan keayuannya yang tidak pernah kelihatan selama ini. Jam Tweety di dinding dikerling sekilas. 10am! Awal?? Dush! Wrong choice of word, Ayuni! Lantak pi lah!
               
“Maaf, saya ganggu. Nak sampaikan lates update regarding our next meeting je. Tadi dah try send information dekat YM, tapi awak busy agaknya…tak perasan the massage saying that those top fivers need a confirmation before tomorrow noon. Awak perasan tak? Or…awak tak baca pun?”

           OKAY, SHUT ME! Zira melompat turun daripada katil dan mencapai spek rimlessnya yang terdampar di atas meja. Nasib baik tak tutup lagi laptop! Zira melarikan anak matanya ke instant massage yang di send makhluk di seberang sana.

           “Yeah, dah baca…tadi. But, I thought Wafi is suppose to send them those confirmation?” pergh…dah baca tadi la konon. Tak pelah, demi mengcover malu punya pasal. Tibai je la.
               
“Bukan awak dengan Wafi partner ke untuk projek ni? Or…awak dah tukar?”

            And…I’m dead. Ayuni Nazirah menepuk dahinya kuat. Macam mana boleh lupa ni? LOGIKlah AYUNI!

            “Tak kisahlah apa-apa pun, but the thing is, before you guys give that confirmation and report to top fivers, send it to me first, ok. I’ll check for the last time. Faham-faham jelah lepas apa yang dah jadi untuk projek lepas. I don’t want that mistakes happen again, nanti nama kita naik sampai mana pula. Do you understood?”
            “Yes, sir. I’ll try to give it to you before…noon tomorrow. Lates by…second lecture…? Boleh?”
               
“Ok then. Thanks, Ayuni Nazirah.”

            “You are most welcome, boss. Next time, kalau tak nak dengar ayat-ayat cinta free, sms dulu before call ye, Rafeeq.” Pantas Zira menekan button hang up. Hensome tak hensome. Ingat dia je boleh arah-arah? Zira bingkas bangun menuju ke arah rak buku yang sangat ‘kemas dan tersusun’ miliknya.

            Zira mengeluh berat. Baru ingat nak berhibernasi. Dengan keadaan rak yang ‘tersusun indah dan sistematik’ sangat ni, macam mana nak cari maklumat projek lepas? Rafeeq. Memikirkan tentang jejaka nan satu itu membuatkan Zira menggeleng laju. Ish, Rafeeq punya pasal, sarang tikus pun sanggup ku bongkari! Eh, ada kaitan ke?
               
             Tiba-tiba lagu Hati Ini dendangan Nabil Mentor berkumandang lagi. Menerjah pendengaran gadis yang baru berkobar-kobar dengan semangat ‘demi-jejaka-pujaan-nan-satu’ itu. Zira mendengus. Kacau!

             “Hehehe, beruang kutub nak bersihkan gua ke?” ejek Wafi tanpa sempat memberi salam.

            “Binawe kau, Wafi! Kau memang nak makan penyepak la. Apa hal ni?!” Zira rasa macam nak kunyah-kunyah mamat seekor ni. Nasib baiklah kawan!
               
             “Hahaha. Rileks Zira. Janganlah marah. Tulah, aku call tadi bolayan. Kejam lagi dengan aku. Aku mengadu la…” usik Wafi dengan tawa yang masih rancak. Seronok menyakitkan hati si gadis.

             “Kau pedajal aku ke Fie?! YOU ARE SO DEAD, FIE!”

             “Hahaha. It’s for your own good, la! Jangan la macam nak membunuh! Aku tau kau mesti ok je kalau pasal Rafeeq. Kalau aku yang suruh, alamat kiamat la nak tunggu kau buat dengan rela hati. Macam ni ke kawan?”

             “Fine, fine. But you owe me once, mister. Belanja aku makan Bistro esok!”

            “Hahaha. Anything for you, sweetheart. Demi Zira, abang sanggup berhutang dengan along. Semuanya demi nak bagi Zira tembam. Sumbat banyak-banyak ye sayang. Jangan tinggal kerusi meja pun tau!” Wafi menekankan word tembam di tengah ayat. Tahu benar dengan reaksi Zira yang bakal diterimanya.

              “Fie! Kau memang kan. Taulah…tukar, tukar. Kita pergi movie jom! Please…aku nak tengok ice age!”
               
              “Hah? Ice Age? Love story tak ada ke Zira?”
               
              “WAFI!”

              “Hahaha. Ok, ok. Ice Age. This weekend. I’ll fetch you.”

              “By car, please.”

              “Pergh. DEMAND! Ok, by car. My car.”

              “WAFI POYO! Berlagak dowh! Ok, ok. Aku nak buat confirmation ni. Kau buat report. Boleh?”

              “No prob. Ok then. Assalamualaikum.”

              Selepas menjawab salam, button hang up ditekan lembut. Wafi, Wafi. Zira menggeleng perlahan dengan senyuman yang masih terus bergayut dibibirnya. Love story?? Wafi?? ICE AGE lagi best! Zira tersengih ala-ala kerang busuk. Kerang pun tak busuk tara tu!

***

NOTA KAKI OLEH CB

lama gila tak update cerita baru! sangat busy~ T^T rindu sangat nak menulis. by the way, this is my new project. CB buat dah lama actually. tapi baru sampai part 2. then tergendala. kalau tak ada aral, CB akan cuba siapkan dalam sem ni. berapa part pun CB tak pasti lagi. sebab dah lupa jalan cerita yang lama. tengoklah apa jadi dekat cerita ni. percubaan pertama CB untuk buat cerita yang agak panjang. hopefully ada pembaca yang sudi kritik.

oh ya! cerita kali ni CB labelkan Nopen. singkatan kepada Novel Pendek. boleh? haha. suka hati je kan. yelah, selalu novel sampai berpuluh2 bab...tapi cerita CB ni tak adalah sampai puluh2. belas pun tak. so, CB ingat...cerita yang 10 bab ke bawah, CB label as Nopen. lebih daripada 10 bab baru label as Novel. boleh? :) so, enjoy! ^^

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers