Jumaat, Februari 18, 2011

Dia ke? #2

                “Wafi, kau rasa…Rafeeq tu macam mana?” Zira memulakan mukadimahnya ringkas.

                “Macam orang.”

                “Woi, aku serious ni! Kau ni…dah rindu penampar ke?”

                “Kau ni, sikit-sikit penampar. Sikit-sikit penampar. Cuba sopan sikit. Awak tu perempuan.” Wafi memulangkan paku buah keras. Sakit hati bila Zira tidak pernah cuba untuk berlembut bila bercakap dengannya.

                “Kau yang mula. Aku tanya elok-elok, kau yang bagi jawapan level tong sampah,” Zira mencebik sambil mulutnya masih lagi laju mengunyah popcorn baki menonton wayang tadi.


                “Dah tu, kau tanya macam tu. Salam tak ada, pendahuluan tak ada. What do you expect, Miss Ayuni Nazirah?”
               
                “Oh ho. Since when did Mr Wafi Farhan need a proper starting to start a conversation, huh? Selama ni selamba je. Badak pun kalah.”

                “Since Mr Rafeeq Burhan name is being mention for almost everyday…? Or…should I say every minute and second, Miss Ayuni Nazirah? Huh?” Wafi pantas bangun meninggalkan Zira tercengang-cengang sendirian.

                “Hei, Wafi. Fieeee…wait for me!” berlari-lari anak Zira mendapatkan Wafi yang semakin jauh.
               
                “Hei, hei. What’s wrong with you, Fie? Moody je aku tengok. Tengok Ice Aged tadi ok je.”
               
                “Zira, kau kawan aku. Bestfriend aku. Aku nak kau sedar siapa dia and siapa kau. Please stop all these nonsense, will you? Aku tak nak kau terbang terlalu tinggi, Zira. Jatuh nanti, kau akan cedera parah. “

                “Hei, apa kau cakap ni? I’m just asking, okay. You don’t have to answer if you don’t want to. That’s it. Stop being weird la, Fie. You scare me.”
               
                “Aku kenal kau sejak sekolah rendah. Sekrang dah masuk universiti. Kau ingat aku tak tahu apa dalam hati kau? Hm…?”

                “Hah? Apa ni? Who are you? My boy? My husband? Know what’s in my heart? Nonsense!”  Zira mula terbakar. Karenah lelaki di hadapannya kini semakin menjengkelkan.
               
                “Who am I? WHO?? I’m your friend, Zira. Childhood friend. Remember? Just stop it, Zira. Aku betul-betul panas sekarang. Cepat, aku hantar kau balik.”

                “Hei, kenapa kau yang nak panas?! Kau yang start, okay?! Dah, baliklah! Aku balik sendiri! I don’t need your help!”

                Kedua-duanya diam membatu. Tapi masing-masing tidak berganjak. 15 minit berlalu. Tiada tanda-tanda menunjukkan bahawa mereka akan menghayun langkah untuk pulang. Zira menguis-nguis batu kecil di kakinya. Kadang-kadang batu itu disepaknya perlahan. Wafi pula terus berdiri. Kaku. Tegak. Tidak ubah seperti tiang lampu yang berada berhampirannya ketika itu.

                “Zira,” suara garau itu mula lembut. Bunyinya seolah-olah merayu agar Zira memandangnya.

                Zira membatu. Tidak berkutik sedikit pun.

                “Zira,” suara itu masih memanggil. Tetapi dengan nada yang lebih lembut.

                Zira menoleh.
               
                “Kaki aku sakit,” ujar Wafi dengan sengihan yang nyata menyakitkan mata sesiapa melihat.

                WHAT? Zira hampir ternganga. Mamat ni putus fius! Tengah perang teluk tahap kritikal tadi, boleh ditayangnya sengih busuk kalah kerang si makhluk laut tu?! Binawe sungguh mamat ni!

                “Badigol, samdol, jalan tak bayar tol sungguh! Kau, kalau aku hempuk…mata tu bengkak sampai tak nampak dunia dah tau!” Zira menyepak kaki jejaka itu sekuat hatinya. Dengan Wafi, jangan bagi muka!
               
                “Adoi! Sakit la! Hempuk kau je kau tau. Hempuk aku? Nak try? Ke…nak kena geletek?” terbahak-bahak Wafi ketawa sebaik sahaja melihat tindakkan refleks Zira yang bergerak menjauhinya sambil kotak popcorn ditangan berada di atas paras kepala tanda bila-bila masa sahaja balingan maut akan mengenai kepalanya sekaligus meranapkan fesyen rambut tercacak yang dipuja semua golongan lelaki dan wanita kampus mereka.

***

NOTA KAKI OLEH CB

layanlah part 2 ni ye. CB ada lagi satu projek. new story. tapi CB masih fikir lagi nak hold dulu sampai 'Dia Ke' habis atau terus je publish. update gilir-gilir. hm. bila fikir balik, CB hold je la dulu. sebab CB pun bukan ada masa sangat nak update baru. nanti terbiar, CB jugak yang malu. story dah ada tapi half way pulak. kan? ;) so yes. enjoy 'Dia ke?' dulu eh~

Tiada ulasan:

Daisypath Anniversary tickers